Event Since ... ago

Committed

Teachers are all committed to learn. They are eager to understand the tunes.

51 Teachers

A total of 51 teachers involved in the choir performance for Batang Padang District.

Rhythm

It is fun and nice to understand the rhythm of the Theme song of Hari Guru 2012.

Concert Pianist

With the accompaniment of concert pianist, the harmony and songs get colorful.

The Conductor

We are proud to have a confident and well known conductor in conducting our choir.

Sunday 29 April 2012

Hari Pra Pelancaran Sambutan Hari Guru 2012

Hari ini merupakan Hari Pra Pelancaran Sambutan Hari Guru tahun 2012. Majlis ini menandakan bermulanya bulan Hari Guru untuk tahun 2012. Lagu-lagu Tema Hari Guru akan diedarkan pada hari ini berserta dengan CD daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Thursday 26 April 2012

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Guru-guru yang telah hadir pada latihan pertama.

Syabas dan Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru yang telah menunjukkan komitment untuk datang ke latihan yang pertama ini. Untuk guru-guru yang tidak dapat hadir, kami semua di sini berharap dapat berjumpa dengan guru-guru pada sesi latihan yang ke-2.

Pada sesi latihan yang pertama ini, kita telah dibahagikan kepada soprano, alto, tenor dan bass. Skor lagu Guru Malaysia telah diedarkan dan guru-guru akan dilatih menyanyikan lagu Guru Malaysia mengikut kumpulan masing-masing pada sesi latihan yang ke-2. 2 orang tenaga pengajar akan dijemput lagi bagi melancarkan latihan pada kali ke-2.

Lokasi latihan akan tetap sama dan sekiranya terdapat perubahan, guru-guru akan dimaklumkan melalui blog ini , email sekolah dan juga sms pada sebelah petang hari sebelum sesi latihan ke-2. Ini kerana temujanji dengan pihak Dekan Fakaulti Muzik dan Persembahan UPSI adalah pada sebelah petang hari sebelum sesi latihan ke-2.

Akhir sekali, diingatkan supaya guru-guru dapat menunjukkan komitment dan berusaha bersama-sama supaya sesi latihan kita semua berhasil dan tidak disia-siakan masa yang kita semua korbankan untuk latihan ini. Guru-guru yang tidak dapat hadir bolehlah sms terlebih dahulu kepada saya di 0193659733 dan menghantarkan surat tidak dapat hadir dengan faks ke 05-4596286 ataupun 'by hand' kepada sekolah untuk dilampirkan bersama dengan laporan kehadiran.

Sekian, terima kasih.

Lim Li Wen
Penyelaras
Bengkel dan Latihan Koir Hari Guru
Peringkat Daerah Batang Padang 2012

Wednesday 25 April 2012

Perjumpaan kali Pertama pada 26 April 2012

Perhatian kepada ahli-ahli koir Hari Guru 2012 Daerah Batang Padang, Perjumpaan buat kali pertama akan diadakan seperti berikut:

  • Tempat: Bilik Muzik, SJK(C) Chung Sin, TG. Malim.
  • Tarikh: 26 April 2012 (Khamis)
  • Masa: 3.00 p.m. - 5.00 p.m.
  • Objektif: 
    • Perjumpaan dengan Pengerusi JK Kecil Persembahan Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Batang Padang 2012.
    • Suai kenal antara ahli-ahli koir.
    • Membahagikan kepada kumpulan Soprano, Alto, Tenor, dan Bass.
    • Berbincang tentang rancangan sesi latihan dan pakaian persembahan.
    • Edaran skor lagu nyanyian
Jamuan disediakan.

Tuesday 24 April 2012

Edaran Surat Pelantikan Ahli Koir daripada PPD

Surat daripada PPD telah sampai dan diedarkan melalui SJK(C) Chung Sin pada hari ini. Kami di sini ingin memohon maaf akan kelewatan dan kesulitan proses hantaran surat. Surat boleh juga dimuat turun melalui pautan di bawah:


Sekolah-sekolah berikut sila dengan segera menghantarkan nama guru untuk dilantik ahli koir:

  • SK Datuk Nan Kaya

Carta Organisasi JK Kecil Persembahan

Carta Organisasi JK Kecil Persembahan (Bengkel & Latihan Koir) Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang Tahun 2012

Hubungi Kami

Pengerusi JK Kecil Persembahan
En. Choo Heng Foo
0125574308

Penyelaras 1
En. Lim Li Wen
0193659733

Penyelaras 2
Pn. Irene Chai Pei Lyn
0193659731

Email
cs_abc0072@hotmail.com

Tel. / Fax Office
05-4596286

SMS
0194132172

Senarai Nama Ahli Koir Hari Guru 2012

Berikut adalah Senarai nama Ahli Koir Hari Guru 2012:

Surat Panggilan Latihan

Berikut adalah Surat Panggilan dari SJK(C) Chung Sin untuk ahli Koir Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang 2012:

Jadual Bengkel dan latihan koir


Jadual Bengkel & Latihan Koir

1.      Lokasi Latihan :           Bilik Muzik SJK(C) Chung Sin, Tanjong Malim.
2.      Tarikh-tarikh & masa latihan koir:
No
Tarikh
Masa Latihan
1
26/4/2012 (Khamis)
3.00 pm. – 5.00 pm.
(2 jam)
2
3/5/2012 (Khamis)
3
8/5/2012 (Selasa)
4
10/5/2012 (Khamis)
5
15/5/2012 (Selasa)
6
17/5/2012 (Khamis)
7
22/5/2012 (Selasa)
8
24/5/2012 (Khamis)
9
13/6/2012 (Selasa)
14/6/2012 (Khamis)
PERAYAAN HARI GURU

* Sebarang kemuskilan sila hubungi En. Lim Li Wen (0193659733)
* Guru-guru yang terpilih untuk membuat persembahan adalah diwajibkan menghadiri sesi latihan koir seperti dalam jadual di atas.

Perjumpaan dengan Ketua Jabatan Muzik UPSI

Perjumpaan dengan Ketua Jabatan Muzik pada 26 April 2012 untuk membincangkan lebih lanjut tentang sesi latihan Koir Hari Guru 2012 peringkat Daerah Batang Padang.

Perjumpaan bertujuan untuk mendapatkan bantuan kepakaran dan pinjaman dewan untuk latihan serta cara-cara meningkatkan kualiti persembahan dari pelbagai segi.

Kumpulan koir Hari Guru 2012 Daerah Batang Padang

Kumpulan koir Hari Guru 2012 Daerah Batang Padang ditubuhkan untuk membuat persembahan sempena sambutan Hari Guru 2012 Peringkat Daerah Batang Padang yang akan diadakan pada 16 Jun 2012 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Slim River.

Kumpulan ini ditubuhkan di kalangan Guru-guru kelompok 6 yang terdiri daripada 52 orang ahli dari 15 buah sekolah rendah dan menengah kelompok 6.

Monday 23 April 2012

Kertas Kerja Bengkel dan Latihan Koir Hari Guru 2012

Berikut adalah kertas kerja bengkel dan latihan Koir Hari Guru 2012: