Event Since ... ago

Committed

Teachers are all committed to learn. They are eager to understand the tunes.

51 Teachers

A total of 51 teachers involved in the choir performance for Batang Padang District.

Rhythm

It is fun and nice to understand the rhythm of the Theme song of Hari Guru 2012.

Concert Pianist

With the accompaniment of concert pianist, the harmony and songs get colorful.

The Conductor

We are proud to have a confident and well known conductor in conducting our choir.

Wednesday, 9 May 2012

Perjumpaan & Latihan Koir kali ke-4


  • Tempat: Bilik Koir, Fakaulti Muzik dan Seni, UPSI. (*kemungkinan akan berubah ke bilik lain)
  • Tarikh: 10 Mei 2012 (khamis)
  • Masa: 3.30 p.m. (Tepat) - 5.00 p.m.
  • Objektif: 
    • Edaran Skor lagu Tema Hari Guru.
    • Nyanyian lagu Guru Malaysia.
    • Nyanyian lagu Tema Hari Guru.
    • Latihan nyanyian mengikut kumpulan Soprano, Alto, Tenor, dan Bass.
    • Nyanyian bersama dalam empat kumpulan.
Jamuan disediakan.

Tuesday, 8 May 2012

Latihan Koir kali ke-3

Terima kasih atas kerjasama daripada cikgu-cikgu. Kehadiran latihan pada kali ke-3 mencapai 92% dan kita semua akan dapat mengekalkan peratusan kehadiran pada paras yang baik. Wakil guru-guru dari sekolah di sekitar kelompok 6 Daerah Batang Padang yang terdiri daripada sekolah SJK(C) Chung Sin, SJK(C) Behrang Ulu, SK Datuk Nan Kaya, SK Tanjong Malim, Sk Behrang, Sk Methodist, SK Dato' Kamaruddin, SJK(C) Phin Min, SJK(T) TSD Manickavasagam, SJK(T) Ladang Behrang River, SJK(T) Ladang Katoyang, SMK Bandar Behrang 2020, SMK Khir Johari, SMK Methodist, SMK Katholik, dan juga SK Proton City telah berjaya mencipta rekod setanding dengan kehadiran guru-guru koir pada peringkat Kebangsaan. Untuk pengetahuan, guru-guru boleh membawa kad LDAP (Latihan dalam Perkhidmatan) untuk ditandatangani oleh Pengerusi Koir Hari Guru Peringkat Daerah Batang Padang (En. Choo Heng Foo) pada akhir sesi latihan koir.


P1140614P1140615P1140616P1140617P1140618P1140619P1140620P1140621P1140622P1140623P1140624P1140625P1140626P1140627P1140628P1140629P1140630P1140631P1140632P1140633P1140598

Sunday, 6 May 2012

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

Bengkel & Latihan Koir ke-3


  • Tempat: Bilik Koir, Fakaulti Muzik dan Seni, UPSI.
  • Tarikh: 8 Mei 2012 (Selasa)
  • Masa: 3.30 p.m. (Tepat) - 5.00 p.m.
  • Objektif: 
    • Nyanyian lagu Guru Malaysia.
    • Latihan nyanyian mengikut kumpulan Soprano, Alto, Tenor, dan Bass.
    • Nyanyian bersama dalam empat kumpulan.
Jamuan disediakan.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Thursday, 3 May 2012

Statistik Kehadiran Latihan Koir Sambutan Hari Guru

Statistik kehadiran latihan koir untuk Sambutan Hari Guru Daerah Batang Padang.

Terima Kasih atas komitment guru-guru

Kami di sini ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan cikgu untuk menghadiri sesi latihan yang telah diatur di UPSI. Diharapkan dengan adanya latihan dan komitment guru-guru untuk datang berlatih, kita akan dapat mempersembahkan persembahan yang lebih mantap dan ia sememangnya mencerminkan cikgu-cikgu dan sekolah-sekolah kelompok 6.

Terima kasih juga kita semua ucapkan kepada Dr. Andrew, Mr. Ali dan Mr. Kent.


P1140587P1140586P1140585P1140584P1140583P1140582P1140581P1140589P1140590P1140591P1140588P1140592P1140593P1140594P1140595P1140596P1140597P1140598P1140580P1140579P1140578