Syabas dan Tahniah kami ucapkan kepada guru-guru yang telah menunjukkan komitment untuk datang ke latihan yang pertama ini. Untuk guru-guru yang tidak dapat hadir, kami semua di sini berharap dapat berjumpa dengan guru-guru pada sesi latihan yang ke-2.
Pada sesi latihan yang pertama ini, kita telah dibahagikan kepada soprano, alto, tenor dan bass. Skor lagu Guru Malaysia telah diedarkan dan guru-guru akan dilatih menyanyikan lagu Guru Malaysia mengikut kumpulan masing-masing pada sesi latihan yang ke-2. 2 orang tenaga pengajar akan dijemput lagi bagi melancarkan latihan pada kali ke-2.
Lokasi latihan akan tetap sama dan sekiranya terdapat perubahan, guru-guru akan dimaklumkan melalui blog ini , email sekolah dan juga sms pada sebelah petang hari sebelum sesi latihan ke-2. Ini kerana temujanji dengan pihak Dekan Fakaulti Muzik dan Persembahan UPSI adalah pada sebelah petang hari sebelum sesi latihan ke-2.
Akhir sekali, diingatkan supaya guru-guru dapat menunjukkan komitment dan berusaha bersama-sama supaya sesi latihan kita semua berhasil dan tidak disia-siakan masa yang kita semua korbankan untuk latihan ini. Guru-guru yang tidak dapat hadir bolehlah sms terlebih dahulu kepada saya di 0193659733 dan menghantarkan surat tidak dapat hadir dengan faks ke 05-4596286 ataupun 'by hand' kepada sekolah untuk dilampirkan bersama dengan laporan kehadiran.
Sekian, terima kasih.
Lim Li Wen
Penyelaras
Bengkel dan Latihan Koir Hari Guru
Peringkat Daerah Batang Padang 2012
Thursday, 26 April 2012
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Guru-guru yang telah hadir pada latihan pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment