Event Since ... ago

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru diucapkan kepada Warga Pendidik

Kami ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik daerah Batang Padang terutamanya guru-guru yang terlibat dengan koir sempena hari guru. Walaupun bulan sambutan hari guru, cikgu-cikgu masih berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghadirkan diri ke sesi latihan koir untuk memastikan sambutan Hari Guru peringkat Daerah Batang Padang berlangsung dengan lancar dengan mempersembahkan persembahan yang mantap dan menarik. Terima kasih dan kita berharap latihan dan usaha kita akan membuahkan hasil.

Harap berjumpa dengan cikgu yang telah terpilih sebagai ahli koir peringkat Daerah Batang Padang pada 17 May 2012 sepertimana latihan koir tetap berlangsung seperti biasa. Tempat latihan sama, hari yang sama, masa yang sama, 'tea time' yang sama, dan muka-muka yang masih sama.

Sekian,
Penyelaras

0 comments:

Post a Comment